Taklimat telah disampaikan oleh En Shuhani bin Hassan, Pegawai BTPN Melaka. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan rekod bacaan murid. Ada dua kaedah pelaksanaan program NILAM tahap Jauhari, iaitu secara formal oleh guru BM dan BI (melalui jadual waktu BM dan BI) dan tidak formal oleh semua guru.
Taklimat yang disampaikan telah membolehkan semua guru memahami peranan masing-masing dalam pelaksanaan program ini. Harapan beliau agar rekod NILAM Jauhari SMK Klebang Besar dapat ditingkatkan dalam analisa bulan September 2012 nanti. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Shuhani di atas kesudian beliau memberikan taklimat ini.
Tuan Pengetua, Pn Azallah menyampaiankan cenderamata kepada En Shuhani.
No comments:
Post a Comment