ILMU

PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY (DDC)
1.  Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (DDC) merupakan pengelasan bahan  perpustakaan yang dibina  pada tahun 1878 oleh Melvil Dewey (1851-1931)
2. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas  pengetahuan utama
3. Merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia. (Lebih 135 negara yang  menggunakan DDC).
4. DDC digunakan untuk mengurus dan menyediakan akses kepada koleksi perpustakaan masing-masing
5. Melvil Dewey (1851-1931) merupakan pelopor atau individu yang bertanggungjawab mencipta DDC untuk buku pada 1876. Melvil Dewey atau nama sebenarnya Melville Louis Kossuth Dewey dilahirkan pada 10 Disember 1851 di sebuah bandar kecil di utara New York. Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Amherst.

6. “Pengelasan Perpuluhan Dewey” digunakan pada 1873. Tiga tahun kemudian (1876) DCC mula diperkenalkan  ke luar Perpustakaan Kolej Amherst

DDC membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada 10 bahagian utama. Ia dikenali sebagai Ringkasan Pertama.
000   Karya Am
100   Falsafah
200   Agama
300   Sains Kemasyarakatan
400   Bahasa
500   Sains Tulen & Matematik
600   Teknologi
700   Kesenian
800   Kesusasteraan
900   Geografi & Sejarah.
Daripada sepuluh bahagian utama dibahagikan pula kepada pembahagian kecil yang dipanggil  Ringkasan Kedua.

Contoh:
500   Sains Tulen
510   Matematik
520   Astronomi
530   Fizik
540   Kimia
550   Sains Bumi
560   Kaji Fosil
570   Sains Hayat
580   Sains Tumbuhan.
590   Sains Haiwan
Daripada Ringkasan Kedua, dibahagikan pula kepada bahagian yang lebih kecil untuk 
menunjukkan perkara yang lebih khusus.
         Contoh
            510   Matematik
511   Prinsip Am
512   Algebra dan Teori Angka
513   Kira-kira