5.1 PERATURAN AM
1. Para pengguna PSS adalah tertakluk kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk PSS.
2. Jawatankuasa Kerja PSS berhak menjalankan dasar-dasar PSS yang telah dibentuk semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
3. Sebarang bentuk perlanggaran ke atas undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan.
4. Setiap komponen PSS akan menjalankan pengurusan berlandaskan peraturan-peraturan yang telah digubal untuk mereka.
5.2 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK / ALAT
PERPUSTAKAAN
Waktu Perpustakaan dibuka
Hari Persekolahan
Isnin - Jumaat
7.15 pg. – 3.30 ptg.
Cuti Sekolah
Isnin - Jumaat
Mengikut keperluan / kesesuaian sebab tiada pembantu PSS
Peraturan Kemasukan Pelajar
Waktu Persekolahan
1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap.
2. Mengambil plat kemasukan dan diletakkan ke dalam kotak yang disediakan.
3. Merekodkan kemasukan di dalam buku catatan di kaunter.
Waktu-waktu Lain
Hanya baju -T sekolah sahaja dibenarkan.
Semasa Berada di Dalam Perpustakaan
1. Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah dan sebarang pen, ball-point pen, gunting, pisau dan alat-alat bahaya yang lain.
2. Tidak boleh membuat bising.
3. Berkelakuan sopan.
4. Menjaga dengan baik bahan bacaan dan perabut perpustakaan.
5. Tidak dibenarkan makan, minum dan tidur di perpustakaan.
6. Guru tidak dibenarkan membawa masuk murid ke perpustakaan kecuali untuk tujuan kemahiran perpustakaan.
Sebelum Meninggalkan Perpustakaan
1. Menyusun semula kerusi yang telah digunakan.
2. Meletakkan buku yang telah digunakan di kaunter edaran atau di raknya,
3. Meletakkan semula majalah di tempatnya.
Peraturan Pinjaman dan pemulangan bahan buku
Pinjaman dan Pulangan Buku
1. Semua urusan sirkulasi menggunakan kad ahli berkod bar yang dijana oleh
2. Jumlah pinjaman dalam satu masa:
Ahli | Jumlah pinjaman | |
a. | Setiap murid | 2 buku sahaja |
b. | Ahli Rakan Buku | 1 buku bsahaja |
c. | Gold Card Member (murid yang telah mencapai pengiktirafan dalam program NILAM) | 4 buku sahaja |
d. | Pengawas PSS | 3 buku sahaja |
e. | Guru/Staff Bukan Guru | 3 buku sahaja |
3. Tidak dibenarkan meminjam buku menggunakan kad perpustakaan murid lain.
4. Waktu Pinjaman dan Pulangan Buku ialah sepanjang waktu persekolahan.
5. Tempoh Pinjaman
a) Buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen – Satu Minggu (tujuh hari)
b) Buku Ulangkaji PMR dan SPM - Tiga hari
c) Buku Rujukan Khas (Ensiklopedia dan buku koleksi khas yang mahal) - hanya boleh digunakan dalam perpustakaan.
d) Buku Rujukan Umum (Kamus) - boleh dipinjam secara pukal oleh guru dalam tempoh sehari sahaja.
6. Pinjaman pukal oleh guru-guru dilakukan atas nama guru yang
bertanggungjawab dengan tempoh pinjaman tidak melebihi tiga hari .
7. Memastikan buku yang dipinjam dijaga dengan baik.
8. Peminjam hendaklah memastikan buku-buku yang dipinjam telah dicap tarikh
pulangannya.
9. Denda - Buku yang lewat dipulangkan:
a) Fiksyen / bukan fiksyen - 10 sen sehari (maksima RM 3.00)
b) Ulangkaji PMR dan SPM - 20 sen sehari (maksima RM 3.00)
10. Buku yang dihilangkan hendaklah diganti dengan buku yang sama oleh
peminjam. Jika gagal bayarna sama dengan harga buku dikenakan. Guru PSS
bertanggungjawab mencari buku yang sama atau berharga sama sebagai
menggantikan buku yang hilang.
PENYUSUNAN BUKU
Sistem Penyusunan
Buku-buku disusun di rak mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
(DDC)
DDC | Jenis / Kumpulan Buku |
000 | KARYA AM |
100 | FALSAFAH |
200 | AGAMA |
300 | SAINS KEMASYARAKATAN |
400 | BAHASA |
500 | SAINS TULEN |
600 | TEKNOLOGI |
700 | KESENIAN |
800 | KESUSASTERAAN |
900 | GEOGRAFI & SEJARAH |
Sudut-sudut Khas
Di antara sudut-sudut yang disediakan.
a) Sudut Siri Ulangkaji PMR / SPM
b) Sudut Pameran Buku Baru
c) Sudut Bahan-bahan Bercetak yang lain. (Mengandungi surat khabar, majalah, laporan, buletin, jurnal, dan sebagainya.)
d) Sudut Karya Besar
e) Sudut Sasterawan Negara
f) Sudut Bank Soalan (Soalan-soalan PMR / SPM sebenar)
g) Sudut Majalah Berjilid.
h) Sudut Melaka Negeriku Tercinta
i) Sudut Keratan Akhbar.
Surat Khabar
Perpustakaan juga menyediakan surat khabar untuk kemudahan pelajar dan staf. Surat khabar tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik perpustakaan tanpa kebenaran Guru PSS. Akhbar yang disediakan ialah
a. Berita Harian
b. The Star
c. Kosmo (diletakkan di Perpustakaan Ria Kantin)
Majalah
Perpustakaan melanggan 6 jenis majalah iaitu
a) Dewan Pelajar
b) Dewan Siswa
c) Dewan Kosmik
d) Pelita Bahasa
e) Tunas Cipta
f) Fokus SPM
ORGANISASI PERPUSTAKAAN
Pentadbiran dan Pengurusan
a) Jabatan Pelajaran Melaka telah melantik seorang Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (GPM).
b) Pentadbiran sekolah pula telah melantik beberapa orang guru yang akan bekerjasama dengan GPM untuk menguruskan perjalanan PSS sepanjang tahun.
c) Pengawas Pusat Sumber
i. bertanggungjawab membantu guru-guru PSS melicinkan pengurusan PSS.
ii. terdiri daripada pelajar yang berminat.
iii. dilantik oleh Guru Pusat Sumber.
iv. tidak memegang jawatan pengawas lain selain Pengawas PSS.
v. mestilah jujur, amanah dan bertanggungjawab.
STOK BUKU-BUKU PERPUSTAKAAN
Hanya satu jenis buku stok digunakan untuk buku yang dibeli atau buku hadiah. Ini akan memudahkan penyusunan nombor perolehan.
SUMBER KEWANGAN
a) Buku dibeli dengan menggunakan wang Peruntukan dari Kerajaan (PCG) dan sebahagiannya dari sumbangan pelbagai pihak (PIBG, dermawan, guru-guru dan ibu bapa)
b) Barang-barang keperluan unit-unit lain yang digunakan dibeli dengan menggunakan Peruntukan dari Kerajaan berdasarkan peraturan dan kebenaran.
KESELAMATAN DALAM PERPUSTAKAAN
a) Kunci perpustakaan disimpan di dalam pejabat.
b) Peti ubat – diletakkan di bilik kerja GPM. Digunakan sekiranya berlaku kemalangan kecil di Pusat Sumber.
c) Alat Pemadam Api - diletakkan di tepi pintu utama. Digunakan sebagai alat bantu mula sekiranya berlaku kebakaran.
d) Tangga, pintu dan tingkap - dilengkapi jeriji untuk mengelakkan penceroboh.
Bilik Tayang / TV Pendidikan
Peraturan Penggunaan:
1. Pastikan semua remote control yang telah digunakan diletakkan di tempat asal.
2. Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir yang diperlukan di dalam buku rekod penggunaan sebaik sahaja selesai menggunakannya.
3. Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama murid semasa bilik tayang.
4. Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
5. Pengguna yang hendak menggunakan LCD, TV, DVD player, dan ASTRO hendaklah tahu menggunakannya. Pengguna yang tidak tahu hendaklah meminta tunjuk ajar daripada Guru-guru Pusat Sumber.
6. Siaran on-air ASTRO yang boleh digunakan boleh disemak pada poster ASTRO yang ditampalkan di luar bilik tayangan.
7. Tidak dibenarkan mengusik Smart Card yang terdapat pada player ASTRO.
8. Pengguna juga tidak dibenarkan mengubah sebarang konfigurasi TV melainkan di dalam pengetahuan Guru PSS.
9. Penggunaan Bilik Tayang di luar jadual yang telah ditetapkan hendaklah dibuat tempahan terlebih dahulu.
10. Bilik Tayang hanya boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alatan di dalamnya seperti LCD, TV, Radio, OHP, DVD player dan ASTRO atau untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah sahaja. Perjumpaan kelab atau aktiviti lain dan sebarang mesyuarat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Tayang kecuali mendapat keizinan Pengetua.
11. Pengguna Bilik Tayang bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di dalamnya termasuk kerusi dan langsir.
12. Kasut hendaklah disusun di tempat yang telah disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, bekalan makanan dan minuman ke dalam Bilik Tayang.
13. Guru hendaklah memastikan disiplin terkawal semasa menggunakan Bilik Tayang.
14. Kerusi hendaklah disusun semula sebelum meninggalkan Bilik Tayang.
Peraturan Pinjaman Hardware / Sofware
1) CDRI, VCD dan kaset boleh dipinjam oleh warga sekolah. Tempoh pinjaman ialah selama 3 hari. Kelewatan pemulangan akan dikenakan denda 20 sen sehari.
2) Bahan-bahan hardware seperti TV, pemain DVD dan OHP hanya boleh kegunaan di dalam bilik tayangan sahaja sahaja.
3) Segala butiran pinjaman hendaklah diisi di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.
UNIT Radio Sekolah (RS)
Peraturan Penggunaan
1) Radio dan alat siaran diletakkan di bilik Konti Radio Sekolah (RS).
2) Sebarang kerosakan radio atau kaset hendaklah dilaporkan kepada Guru Unit RS atau GPM.
3) Untuk Siaran Radio Sekolah, borang pengumuman hendaklah diisikan dan diserahkan selewat-lewatnya sebelum tempoh siaran. Siaran RS beroperasi dari pukul 7.20 pagi hindda 8.20 pagi setiap Isnin dan Jumaat. Pada hari Selasa sehingga Khamis pula mulai 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. Siaran juga akan dibuat pada hari keraian sekolah atau waktu kecemasan / maklumat penting.
4) Kerjasama semua pihak dalam menjayakan program Radio Sekolah ini sangat dihargai. Semoga program ini akan terus berjalan dengan lancar dan teratur.
Peraturan Pinjaman Radio,
1) Radio juga di pusatkan di perpustakaan (bilik kerja GPM) selain yang ada di bilik Konti Radio Sekolah (RS.)
2) Peminjam hendaklah mengisikan maklumat pinjaman ke dalam buku rekod pinjaman bahan yang disediakan.
3) Peminjaman dan pemulangan hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4) Radio yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera bagi membolehkan pinjaman berikutnya. Guru perlu menandatangani buku rekod pinjaman sebagai bukti pemulangan telah disempurnakan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Peraturan Pinjaman Bahan Bukan Buku (BBM)
1) Proses pinjaman bahan boleh dibuat pada bila-bila masa.
2) BBM kebanyakkannya disimpan oleh panitia. PSS hanya menyimpan rekodnya sahaja. Guru boleh berurusan dengan ketua panitia yang berkenaan untuk meminjam.
3) Peminjaman / pemulangan bahan hendaklah dilakukan oleh guru sendiri.
4) Butiran pinjaman hendaklah diisi di dalam buku rekod pinjaman bahan.
5) Bahan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera dan diletakkan di tempat asalnya.
6) Maksima tempoh pinjaman ialah selama 3 hari. Jika hendak melanjutkan tempoh pinjaman, butiran pinjaman yang baru hendaklah dilengkapkan di dalam rekod penggunaan alatan.