Majlis pelancaran telah diadakan pada hari Isnin, 19 Mac. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kuiz, ceramah dan sebagainya. Pada hari Khamis, 22 Mac, jawatan kuasa Minggu Kerjaya telah menjemput En Tuah Atan seorang peguam berjaya berasal dari negeri Melaka untuk menyampaikan ceramah. Beliau adalah salah seorang OKU yang telah berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh cemerlang sekiranya mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi. Berusaha dengan bersusah payah dan akhirnya kemanisan kejayaan pasti dikecapi.
Ayuhlah anak-anak Kelebang Besar. Jangan kita hanya tahu bertepuk tangan dan bersorak tetapi minda kita tidak mampu mencerna isi kandungan ceramah En Tuah itu. Tidak terasakah kita, betapa orang yang sempurna fizikal diberikan Allah ini tidak mampu mencapai kejayaan seperti beliau. Kalau begitu, termasuklah kita dalam golongan orang yang rugi.
Mungkin sekarang kamu belum merasa peritnya cabaran kehidupan. Tunggulah 10 tahun akan datang. Jika sekarang pendapatan isi rumah RM 1500 dan ke bawah sudah tergolong dalam kelompok miskin, bagaimana keadaannya 10 tahun akan datang.
Semoga kita semua insaf...
No comments:
Post a Comment