Slot pertama diisi dengan sesi ceramah oleh Pn Hjh Arizah (Guru P&M SMK Klebang Besar), bertajuk Aplikasi Literasi Maklumat Dalam P&P. Sesi kedua ialah pembentangan hasil bengkel yang telah diadakan di BTPN Melaka oleh dua orang guru. Pn Hjh Maziyah Mohamad (GC Sejarah SMK Klebang Besar) telah berkongsi pengalaman bagaimana menggunakan aplikasi literasi maklumat dalam mata pelajaran Sejarah bertajuk Tokoh-tokoh Kemerdekaan. Pn Salmah Mohd Ali (Guru P&M SMK Rahmat) pula membentangkan kaedah aplikasi literasi maklumat dalam mata pelajaran Geografi bertajuk Tanah Tinggi.
Slot kedua pula diadakan bengkel membangunkan modul aplikasi literasi maklumat oleh guru-guru SMK Klebang Besar dengan bimbingan fasilitator yang terdiri daripada Pn Hjh Arizah, Pn Hjh Maziyah dan Pn Salmah. Semua guru telah dibahagikan mengikut panitia. Mereka berbincang dan menyediakan satu modul mengikut panitia masing-masing. Hasil perbengkelan perlu disiapkan dan diserahkan kepada Pn Hjh Arizah dalam bentuk soft copy untuk diedit dan dibukukan.
Terima kasih kepada tuan pengetua, Pn Azallah kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada fasilitator.
Peserta bengkel (Guru-guru SMKKB)
Pengacara Majlis, Pn Rosni Saliman
Pn Hjh Arizah, Pn Hjh Maziyah dan Pn Salmah
Tuan Pengetua, Pn Azallah menyampaikan cenderamata kepada Pn Salmah
Pn Norsaliza, Pn Nun Zuraini dan Pn Che' Khoiriyah sedang tekun menyiapkan modul
Kumpulan 1 Malaysia, Pn Hjh Zuraini, Pn Chitara dan Pn Ng Lay Sia
No comments:
Post a Comment