22 Februari 2012
Aduuuhai... Susah juga nak berlakon ye. Masa pembelajaran & pengajaran yang dirancang untuk 60 minit berlangsung selama berjam-jam. Bermula jam 10.30 pagi, berakhir jam 2.30 petang termasuk rehat dan makan selama 30 minit. Kesian kat cikgu dia. Kat murid-murid lebih lagi. Simpati juga kepada krew pengambaran yang terpaksa mengulang 'shoot'. Bunyi kertas bergeser pun boleh kena 'cut' dan ulang semula. Tension jugak tu. Patut la artis-artis tu kata pengambaran mereka berlarutan hingga ke subuh.
Ini adalah pengalaman pertama saya mengikuti krew penerbitan BTPN Melaka (terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN Melaka yang diketuai oleh En Mohd Nor) menjalankan penggambaran 'micro teaching' aplikasi literasi maklumat dalam pengajaran. Kebetulannya saya menjadi fasilitator literasi maklumat kumpulan Sains sekolah rendah. Kami telah memilih SK Kampong Tengah, Kuala Sungai Baru sebagai lokasi pengambaran. Cikgu Nur Izzah sebagai guru dan murid-murid beliau seramai 25 orang telah mengambil bahagian sebagai 'pelakon'. Tau kat mana SK Kg Tengah? Nunnn... sejauh 33 km dari SMK Klebang Besar. Kita akan lalu di depan sekolah ini jika menuju Port Dickson mengikut laluan pantai Kuala Linggi - Tanjung Agas.
Kepada krew pengambaran, tahniah dan terima kasih kerana tuan-tuan amat sabar melayan kerenah anak-anak ini.
En Mohd Nor sedang memberi taklimat sebelum pengambaran bermula.
Cikgu Nur Izzah
Murid-murid sedang tekun mendengar pengajaran cikgunya.
Murid-murid sedang mencari maklumat menggunakan bahan di internet.
Kumpulan yang mencari maklumat menggunakan buku rujukan.
Salah seorang ketua kumpulan sedang membentang dapatan mereka.
Sebahagian krew pengambaran
Gambar lain boleh dilihat di ruang galeri.
No comments:
Post a Comment